Sejarah
Dalam Tahun 1907 Leftenan Kolonel Holger Nelson telah berjaya memperkenalkan teknik pernafasan yang diberi nama sebagai Kaedah Schafer di Denmark, dan ini telah telah menjadi perdebatan yang mencetuskan kontroversi diantara dua kaedah iaitu di antara Kaedah Schafer dengan Kaedah Silvester di mana ia telah menggantikan Kaedah Schafer. Holger Nielson telah memutuskan untuk mengabungkan kedua- dua kombinasi teknik pernafasan ini dan berharap ia akan menjadi teknik yang paling bagus dan pada tahun 1932 penemuan telah diperolehi untuk para penyelamat, teknik yang digunakan adalah dengan meletakkan mangsa dalam keadaan meniarap dan meletakkan kedua tangan dibawah dahi mangsa, memberi bantuan pernafasan dengan menekan belakang mangsa dibahagian tulang belikat dan angkat siku mangsa ke atas dan ke bawah untuk membenarkan udara masuk ke paru- paru. Dalam tahun 1952 masyarakat telah mengangkat Kaedah Holger Nielson sebagai teknik asas yang perlu diajar dan teknik pernafasan ini telah manggantikan Kaedah Schafer dalam Edisi ke 22 bagi buku yang bertajuk “ Society’s Handbook Of Instruction To The Society” yang telah diterbitkan pada 1955. Kaedah ini telah diperkenalkan kepada masyarakat pada konvesyen dan demonstrasi yang diadakan di Beaver Hall, London yang telah dikendalikan oleh Profesor E. Von Holstein Rauthlou di Denmark. Ia Ia melibatkan demonstrasi dan juga ujian untuk Anugerah Kecekapan pada 1966. Pada demonstrasi tersebut mangsa ditiarapkan dengan kedua tangan diletakkan di bawah dahi, kaki kanan pembantu mula diletakkan disebelah telinga mangsa manakala lutut kiri dihadapan muka mangsa dan meletakkan tangan di belakang badan mangsa di kawasan tulang belikat. Kemudian dalam keadaan tangan lurus, tekankan belakang mangsa ke bawah untuk mengempiskan paru- paru dan mengeluarkan udara dari paru- paru. Kemudian pembantu memegang kedua- dua lengan mangsa untuk diangkat ke atas dalam kedudukan meniarap, selepas itu siku mangsa diangkat ke atas dan ke depan untuk membenarkan udara masuk ke paru- paru. Kitaran ini berlangsung dalam masa 6 saat dan ia mesti diteruskan dengan kadar 10 per seminit. Kelebihan kaedah ini adalah ia boleh adaptasikan ke atas mangsa yang mengalami kecederaan, dan dalam kaedah ini dengan mengurangkan kadar tekanan dan meningkatkan kadar ulangan bagi wanita yang kurus, kanak- kanak dan juga bayi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gud job, nice article...
ReplyDeleteIts help me a lot
goooooooooooood jooooooooooooooob
ReplyDelete